Assalamualikum , dalam warkah ini ingin aku memperkenalkan idola tokoh usahawan Melayu yang boleh dibanggakan ini . Beliau adalh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary seorang usahawan dan juga jutawan Melayu di Malaysia . Latar belakang beliau yang bermula dari seorang insan yang tidak punya apa-apa kemudian sentiasa mencari ilmu dengan semua orang dalam mempertingkatkan kemahiran diri membuatkan kisahnya menarik untuk dikongsi . hehe
Biodata Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary
Umur : 53 tahun
Pendidikan : SPM
Mula berniaga : 19 tahun (jual
beli lembu dan kerbau)
Kekayaan : RM1,425 juta
Ranking : Ke 7 terkaya di
Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya :
a)MMC,
b)Pelabuhan Tg. Pelepas,
c)BERNAS,
d)Gardenia,
e)DRB-HICOM dan
f)Bank Muammalat
Kereta Yang Digunakan : Proton Perdana
Sumbangan sosial:
a)Yayasan Al-Bukhary,
b)Institusi pengajian untuk 3,000
pelajar,
c)Muzium Kesenian Islam,
d)Kompleks Al-Bukhary,
e)Menaja kelas tuisyen untuk
pelajar Melayu,
f)Pengindahan Masjid Negara,
g)Sumbangan RM1 juta untuk Tabung
Tsunami dan
h)Menaja setiap tahun
penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
i)Masjid di Lapangan Terbang
Senai,Johor
Bagaimana sumbangan sosialnya
bermula.
Bila mana ibunya menyuruh
memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat
beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain
itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk
menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan
peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
Mutiara kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
1. Ada sebab kenapa saya bekerja
seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah
antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal
berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa
lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik
sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang
mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini
hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia
ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya
sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun.
Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan
kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain
tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan
kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada
kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar
dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem
sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok.
Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan
ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan,
memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya
belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya
pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju
elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana,hendak pakai baju banyak mana,
hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita
sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika
kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah
beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain.
Rezeki itu bila-bila masa dia
boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke
bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah
membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan.
Kita tidak ada; kalau ada pun
berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki
menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka
marah.
14. Rezeki yang ada itu
sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena
keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama
yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia
seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak
buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya
rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup
rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil
kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!
16. Saya ada emotional attachment
kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak
penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan
saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada
saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak
kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa
lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada
apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang.
Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan
pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila
kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri
sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan
kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk
menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.
Duit ini tidak akan kekal. Saya
percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang
akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
No comments:
Post a Comment