Tuesday, 20 March 2012

Makna Cinta




Salam hening malam , “cinta itu anugerah bukan hak milik” , itulah ungkapan dari filem “Cinta” arahan sutradara Kabir Bakhtiar . Sebagai manusia yang mempunyai rasa cinta kepada manusia lain , aku setuju akan keaadaan ini “cinta itu anugerah bukan hak milik” . Namun dalam mencari cinta illahi , rasa sayang dan cinta akan tuhan itu perlu dipupuk dan dibina dengan usaha dan amal yang setanding . Dalam mengejar cinta illahi , perlulah istiqamah(berterusan) menjalankan suruhan Nya dan meninggalkan larangannya . Amal makruf nahi mungkar ungkapan yang tidak lekang di bibir para pencinta tuhan yang tawaduk.

Cintakan Illahi


                Cinta boleh diklasifikasikan kepada banyak maksud dan erti , cinta kepada tuhan , cinta sesama insan , cinta kepada alam , dan cinta kepada benda . Itulah makna cinta yang dapat diungkapkan olehku . Cinta kepada Allah merujuk kepada satu perasaan yang benar-benar suci kerana hanya yang Maha memiliki cinta sahaja dapat mengukur sejauh mana cinta hamba ini , kerana cinta ini tidak dapat dirasa, diukur dan dihitung dengan jari . Rasa cinta sesama insana itu fitrah kehidupan yang tiada berguru , tidak perlu diajar untuk mencintai kerana ianya hadir tanpa sedar dan boleh diukur dengan tindakannya . Ia merujuk kepada hubungan cinta insan berlainan jantina . Alam juga dapat merasai cinta dengan perasaan cinta akan alam sekitar , manusia yang alpa dan leka malah tamak akan menodai alam tanpa berfikir dari segenap penjuru akan akibat dan masalah yang bakal hadir . Perasaan kasih dan sayang kepada benda yang disukai dan digemari adalah lumrah insana yang berbeza warna kehidupannya .

Cinta itu bersifat abstrak 


                Hakikatnya itulah makna cinta dari pandanganku , namun dalam banyak-banyak cinta ini , ada juga cinta yang boleh disanggkal , misalnya cinta kepada kekasih . Aku merasakan bahawa cinta itu memang indah , cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan . Tetapi apakah ertinya cinta pada insan jika cinta pada khaliqnya belum tercapai. Renung-renungkanlah .

                




Dalam kita mencari cinta , pentingkanlah cinta kepada orang yang terdekat dan selalu menjadi tunjang hidup seorang anak . Cintailah ibubapa kita tanpa berbelah bahagi kerana ada sepotong hadis yang mengatakan bahawa "tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai Allah dan aku  melebihi ibu-bapanya dan segala-galanya" . Semoga kita menemukan kan cinta di dunia dengan seseorang yang benar-benar layak menerima cinta.

Agar dapat berjumpa dengan seseorang yang bisa menjadi penyejuk di mata dan penawar di Hati
hehe ^_^



2 comments:

  1. hopefully,

    insyallah!satu masa nanti.jumpalah tuh.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah ... satu hari nanti ::)

      Releks dulu kan hehe

      Delete