Thursday 15 March 2012

Makna Universiti Dalam Kehidupan PENULIS

Assalamualaikum , dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog  Warkah Minda Bicara Fikri .

Hari ini baru terdetik untuk menulis tentang makna universiti dalam kehidupanku sebagai seorang pelajar(student) . Boleh dikatakan semenjak kecil lagi aku telah dicatur oleh ibu bapaku untuk menjadi seorang pelajar dan anak yang baik . Bukanlah maksudku ibu bapaku menjadi guru di kelas dan di sekolah , tapi mereka lah guru pertama dan selamanya buat diri ini yang diasuh dengan penuh kasih sayang sejak kecil sebesar telapak tangan dan dibesarkan menjadi seorang jejaka yang layak dipanggil insan kini . Alhamdulillah kerana aku dikurniakan ibu bapa seperti mereka yang digelar abah dan mak ( Walid Ismail Mingan dan Ummu Salamah Ginir ) . Di saat warkah blog ini ditulis , terbayang segenap penjuru di ruang kotak fikiranku akan segala jasa dan budi yang tak mungkin dapat aku balas walau dengan jiwa ragaku yang hina di sisi tuhan ini.

Hidup ini umpama roda kadangkala di bawah kadangkala di atas , begitulah hidupku yang mudah goyah bila dilanda dugaan masalah dunia . Semenjak dari sekolah rendah aku dididik oleh guruku di sekolah agar menjadi seorang pelajar yang cemerlang . Perkataan yang selalu diwar-warkan seorang guru kepada diri setiap pelajar adalah ‘jadilah kamu semua seorang pelajar yang rajin dan gapailah cita-citamu hingga ke menara gading’ . Aku mengerti bahawa menara gading itu adalah membawa erti universiti dalam hidup seorang pelajar. Gurulah yang menjadi sumber inspirasi dalam perjuangan mengejar cita-cita menggapai segulung ijazah . Semangat ini telahku perolehi dari zaman sekolah rendah lagi .

Dari peperiksaan UPSR , PMR hinggalah SPM , kenyataannya aku bukanlah seorang pelajar yang cerdik jika dibandingkan dengan rakan-rakan seperjuangan yang selalu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan . Aku meneruskan pengajian dengan keputusan yang tidak seberapa ke tingkatan enam(6) di Sekolah Menengah Sungkai Perak . Kadang-kadang hati ini terdetik adakah aku salah mencaturi hidup ini yang kadangkala ku sangka bidang yang diambil bukanlah di ruang lingkup kemahiranku atau di luar kemampuan fikiranku . Namun aku redha dengan ketentuan ya Robbi , Allah Ya Rahman Ya Rahim yang memberi peluang aku hidup dengan nikmat ilmu yang ada di dunia . Sesungguhnya segala ilmu dan segala isi bumi ini adalah milikMU ya Allah .

Saat di Tingkatan enam(6) , aku membina empayar baru dengan azam dan inspirasi yang baru . Dengan dorongan daripada mak abah , kakak dan abang menjadikan aku seorang pelajar yang selalu dahagakan kejayaan . Kebolehan abangku yang tidak mengenalperih menuntut ilmu di IPTS dan kejayaan kakak-kakakku yang Berjaya melanjutkan pengajian di IPTA , iaitu di UUM dan UITM memang memberi seribu erti perjuangan dalam perjalananku menggapai segulung ijazah . Dari itu aku sedar bertapa berertinya universiti dalam hidup ini.

Alhamdulillah genap setahun setengah aku di tingkatan enam(6) , aku berjaya mencapai 3.00 pointer dalam keputusan peperiksaan STPM . Keputusan ini boleh menjadi kebanggan buat diri ini setelah mengalami jatuh naik kehidupan seorang pelajar .



Setelah enam bulan menunggu dengan sabar dan titipan doa di bibir dengan harapan tinggi dari keluarga terutamanya abah dan mak , Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T aku layak bergelar mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) . Sesungguhnya tiada kuasa lebih besar daripada kekuasaanMu ya Allah . Menjadi seorang mahasiswa adalah kejayaan peribadi yang aku banggakan dengan seribu erti kesyukuran buat diri ini . Namun itu tidak bermakna perjuangan sudah selesai , tetapi perjuangan baru sahaja bermula ‘aku sedar itu’ . Aku mula bergelar mahasiswa pada tanggal 13 Julai 2010 . Di saat anak ini ditinggalkan mak dan abah di medan perjuangan ini , sebutir air mata jernih jatuh tanda kesyukuran dan sedih kerana bakal berjauhan dengan mereka yang tersayang . Tapi cabaran ini aku galas sebagai amanah dari mak dan abah dan aku berjanji akan pulang sebagai seorang pemilik Ijazah Sarjana Muda . Amin , kabulkanlah doaku ya Allah , pintaku . Sesungguhnya harapanku untuk menggapai segulung ijazah amat gunung meninggi , akan ku gapai dengan sepenuh cita , usaha dan amalanku.  ^_^

Nukilan Fikri Ismail



5 comments:

  1. salam,teruskan berusaha.
    kite same u=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, hehe terima kasih atas dorongan saudari , terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tidak seberapa indah ini ... Ceritera kita sama ker , hehe seronok dapat berkongsi pengalaman ... ^_^

      Delete
    2. yeah..semestinya.dunia blogging ini luas.

      dpp mane erk?

      Delete
  2. Hehe terima kasih .... dpp tradewinds >_< ...

    Awak plak ??

    ReplyDelete