Sahabat itu perlu!!!!!!!!!!!!!
Sahabat , rakan , kawan , teman
,geng , member , semua nya perlu .
Tapi paling memberi makna itulah
dia ‘sahabat’ , sahabat umpama vitamin yang menjadi pendorong dan pemangkin
dikala diri ini lemah , alpa dan leka menempuh onar yang tiba. Sahabat yang
baik akan sentiasa menasihati dan saling mengingati antara satu sama lain .
Itulah erti sahabat bagiku .
Terkenang ketika di bangku sekolah
rendah dulu , aku mempunyai seorang sahabat yang erat. Memang sentiasa bersama
dari darjah 4 hinggalah ke tingkatan 6 . Walupun tidak sehati sejiwa tapi kami
saling memahami akan citrasa dan gelagat masing-masing . Kerana itu walaupun
kami sering melakukan sesuatu perkara itu bersama tapi kami tidak pernah
mengakui bahawa kami ini sahabat yang baik . Mungkin sebab ‘kami nak jage
kemachoan sebagai seorang lelaki kan , tak kan lah lelaki nak berkasih saying pulak
, takut disalah ertikan’ hahaha.
Sebagai seorang sahabat , dia
memang seorang yang aku rasakan telah banyak berkorban untuk diri ini ,
walaupun dia menafikannya , namun aku sedar itu . Perngorbanan seorang sahabat
ini tidak akan aku lupakan , tidak perlu aku nyatakan apakah ‘ia’ namun cukup
untuk aku mengenangnya buat selamanya .
Hidup perlu diteruskan , kami
terpisah demi mengejar cita-cita , namun perpisahan ini adalah pengorbanan yang
sedikit agar satu hari nanti kejayaan ini dapat kami kongsikan bersama .
Hidup tanpa sahabat bagaikan
sepohon pokok tanpa dahan , tiada siapa ingin bertaut , tiada siapa ingin
menumpang gembira dan tiada siapa ingin berkongsi derita . Oleh itu , dari hari
ini , jadilah kita seorang yang baik agar sentiasa didekati oleh orang-orang
yang baik. Bak kata pepatah , berkawan biar seribu , bercinta biarlah satu …. Haha
Hidup di perantauan mengajar erti
hidup tanpa sahabat siapalah diri ini .Alhamdulillah diri ini mempunyai ramai
sahabat yang boleh menghulurkan bantuan ketika ianya diperlukan . Akhir kata ,
semoga terjalin ukhwah dengan insan lain seramai mungkin agar diri ini diingati
bila roh meninggal pergi. Semoga diri ini dapat berbudi buat para sahabatku
,agar doa kalian memudahkan urusanku di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment