Wednesday 9 May 2012

Dalam Sujud Terakhir Ku

Ya Allah
Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi
Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman
Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku
Agar ia mampu membesar dengan baik
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim
Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..

Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..

Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada-Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin..
~ sayang Allah ~ rindu Allah ~ cinta Allah ~

Saturday 24 March 2012

Tokoh Idola Anda :)


Assalamualikum , dalam warkah ini ingin aku memperkenalkan idola tokoh usahawan Melayu yang boleh dibanggakan ini . Beliau adalh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary seorang usahawan dan juga jutawan Melayu di Malaysia . Latar belakang beliau yang bermula dari seorang insan yang tidak punya apa-apa kemudian sentiasa mencari ilmu dengan semua orang dalam mempertingkatkan kemahiran diri membuatkan kisahnya menarik untuk dikongsi . hehe



Biodata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Umur : 53 tahun
Pendidikan : SPM
Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan : RM1,425 juta
Ranking : Ke 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Antara syarikat miliknya :

a)MMC,
b)Pelabuhan Tg. Pelepas,
c)BERNAS,
d)Gardenia,
e)DRB-HICOM dan
f)Bank Muammalat

Kereta Yang Digunakan  : Proton Perdana

Sumbangan sosial:

a)Yayasan Al-Bukhary,
b)Institusi pengajian untuk 3,000 pelajar,
c)Muzium Kesenian Islam,
d)Kompleks Al-Bukhary,
e)Menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
f)Pengindahan Masjid Negara,
g)Sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan
h)Menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
i)Masjid di Lapangan Terbang Senai,Johor


Bagaimana sumbangan sosialnya bermula.

Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

Mutiara kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana,hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain.
Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan.
Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.
Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

Wednesday 21 March 2012

Makna Persahabatan


Sahabat itu perlu!!!!!!!!!!!!!

Sahabat , rakan , kawan , teman ,geng , member , semua nya perlu .
Tapi paling memberi makna itulah dia ‘sahabat’ , sahabat umpama vitamin yang menjadi pendorong dan pemangkin dikala diri ini lemah , alpa dan leka menempuh onar yang tiba. Sahabat yang baik akan sentiasa menasihati dan saling mengingati antara satu sama lain . Itulah erti sahabat bagiku .

Terkenang ketika di bangku sekolah rendah dulu , aku mempunyai seorang sahabat yang erat. Memang sentiasa bersama dari darjah 4 hinggalah ke tingkatan 6 . Walupun tidak sehati sejiwa tapi kami saling memahami akan citrasa dan gelagat masing-masing . Kerana itu walaupun kami sering melakukan sesuatu perkara itu bersama tapi kami tidak pernah mengakui bahawa kami ini sahabat yang baik . Mungkin sebab ‘kami nak jage kemachoan sebagai seorang lelaki kan , tak kan lah lelaki nak berkasih saying pulak , takut disalah ertikan’ hahaha.


Sebagai seorang sahabat , dia memang seorang yang aku rasakan telah banyak berkorban untuk diri ini , walaupun dia menafikannya , namun aku sedar itu . Perngorbanan seorang sahabat ini tidak akan aku lupakan , tidak perlu aku nyatakan apakah ‘ia’ namun cukup untuk aku mengenangnya buat selamanya .
Hidup perlu diteruskan , kami terpisah demi mengejar cita-cita , namun perpisahan ini adalah pengorbanan yang sedikit agar satu hari nanti kejayaan ini dapat kami kongsikan bersama .

Hidup tanpa sahabat bagaikan sepohon pokok tanpa dahan , tiada siapa ingin bertaut , tiada siapa ingin menumpang gembira dan tiada siapa ingin berkongsi derita . Oleh itu , dari hari ini , jadilah kita seorang yang baik agar sentiasa didekati oleh orang-orang yang baik. Bak kata pepatah , berkawan biar seribu , bercinta biarlah satu …. Haha

Hidup di perantauan mengajar erti hidup tanpa sahabat siapalah diri ini .Alhamdulillah diri ini mempunyai ramai sahabat yang boleh menghulurkan bantuan ketika ianya diperlukan . Akhir kata , semoga terjalin ukhwah dengan insan lain seramai mungkin agar diri ini diingati bila roh meninggal pergi. Semoga diri ini dapat berbudi buat para sahabatku ,agar doa kalian memudahkan urusanku di dunia dan akhirat.

Tuesday 20 March 2012

Kerjaya Pilihan



Berfikir tentang masa depan ???

Setiap manusia haruslah mempunyai cita-cita , cita-cita ibarat lakaran untuk masa depan yang ingin digapai agar ia manjadi realiti. Dalam perjalanan menjalani kehidupan di dunia fana yang penuh pancaroba ini , manusia itu menjadi fitrah akan selalu mendongak ke langit dan tersungkur menyembah bumi. Itulah lumrah kehidupan seorang insan.

Cita-citaku ingin membina kerjaya sebagai seorang peniaga atau “bisnesman” yang berjaya . Sesungguhnya bidang usahawan dan perniagaan adalah keghairahanku dan menjadi impian. Pernah juga menjadi penjual di pasar malam dan pasar tani pada satu ketika dahulu , tapi terhenti kerana kudrat orang tuaku yang semakin longlai juga kerana niat hati ingin mengejar segulung ijazah sarjana muda.

Kerjaya sebagai seorang usahawan kupilih kerana ia adalah kerjaya yang menguntungkan dan membawa kemakmuran kepada diri sendiri dan juga orang di sekeliling . Ini kerana faktor usahawan yang melihat empat faktor sebagai fokus iaitu , buruh , modal , tanah , teknologi dan usahawan itu sendiri membuatkan bidang usahawan ini bukanlah satu bidang yang memberi manfaat kepada satu orang sahaja malah orang di sekeliling kita .

Tan Sri Syed Mokhtar (idola)


Impianku untuk membina empayar perniagaan tidak kiralah apa jua bidang perniagaan yang penting rezeki yang diperolehi halal dan diberkati tuhan. Dalam islam juga ada menyebut 9/10 rezeki di dunia ini dating dari bidang perniagaan . Malahan junjunganku Muhammad S.A.W juga berniaga sejak kecil dan tercatat dalam kitab suci Al-Quran , baginda sebagai seoarang ahli perniagaan yang berjaya dan seoarang peniaga yang baik dari segi akhlak dan amalan berniaganya , sehingga digelar al- amin (orang yang terpuji).



Oleh itu , sudah ditunjukkan dalam islam bahawa perniagaan itu adalah satu bidang yang mulia dan amalan sunnah dari Muhammad S.A.W. Hari-hari mendatang aku sentiasa berdoa agar impian dan harapanku ini dapat dicapai . Amin::


Wasiat Amirul Mukminin Ali Bin Abi Tholib untuk Husein anaknya


1. Anakku, aku berwasiat kepadamu untuk takwa kepada Allah baik di kala sendiri maupun di saat bersama orang, menyuarakan kebenaran baik engkau senangatau tidak, tetap bercita-cita baik di kala kaya maupun fakir,
Bertindak adil baik kepada teman maupun lawan, senantiasa berupaya, baik saat semangat menggelora ataupun merasa malas dan tetap ridha kepada Allah baik di kala bahagia maupung saat menderita.

2. Anakku, bukanlah keburukan yang membawa ke surga itu, apa pun wujudnya.
Dan bukanlah kebaikan yang mengantar ke neraka itu, apa pun wujudnya.
Segala kenikmatan yang menjauhkan diri dari surga adalah kehinaan.
Dan setiap penderitaan yang menjauhkan diri dari neraka adalah keberuntungan.
3. Anakku, sesungguhnya orang yang bersibuk mengerling aib sendiri
niscaya dia tak akan bersibuk mengerling aib oranglain.
Barangsiapa ridha terhadap pembagian Allah niscaya dia tak akan resah dengan segala yang tak ia dapatkan. Barangsiapa menghunus pedang kedhaliman niscaya dia akan terbunuh lantaran pedang itu.
Barangsiapa menggali sumur sebagai perangkap bagi orang lain, niscaya dia yang tercebur sendiri.
Barangsiapa membuka tutup orang lain, niscaya auratnya sendiri akan terbongkar.
Barangsiapa melupakan kesalahannya sendiri niscaya ia akan membesar-besarkan kesalahan orang lain.
Barangsiapa menahan diri terhadap urusan niscaya dia yang kesulitan.
Barangsiapa mencebur ke laut niscaya ia tenggelam.
Barangsiapa yang mengagumi pendapat sendiri niscaya ia tersesat jalan.
Barangsiapa congkak dan membesar-besarkan diri kepada manusia maka dia adalah hina.
Barangsiapa memandang bodoh orang lain niscaya ia dicaci.
Barangsiapa menempuh jalan keburukan niscaya ia tertuduh hina.
Barangsiapa bergumul dengan kerendahan niscaya dia hina.
Barangsiapa berdekat-dekat dengan ulama niscaya dia wibawa.
Barangsiapa banyak senda gurau niscaya diremehkan orang.
Barangsiapa banyak berbuat niscaya dia banyak mengetahui.
Barangsiapa banyak bicara niscaya banyak pula kesalahannya.
Barangsiapa banyak salahnya niscaya tipis rasa malunya.
Barangsiapa tipis rasa malunya niscaya hatinya mati.
Dan barangsiapa hatinya mati maka nerakalah tempatnya.

4.
 Anakku, barangsiapa selalu memperhatikan kesalahan-kesalahan orang lain
sementara dia biarkan kesalahan-kesalahan itu menancap pada dirinya sendiri,
maka itulah sebenarnya ketololan yang telanjang.
Barangsiapa berupaya berpikir tentu dia mengambil pelajaran.
Dan barangsiapa mengambil pelajaran tentu menjaga jarak dari orang lain dalam bertindak.
Dan baransiapa menjaga jarak tentu ia selamat.
Barangsiapa tidak menuruti nafsu niscaya dia merdeka,
dan barangsiapa meninggalkan sifat hasud niscaya di antara manusia dia adalah orang yang dicinta.

5. Anakku, kebanggaan orang mukmin adalah kemandiriannya di antara manusia.
Dan sifat qana_,ah adalah kekayaan tiada habisnya.
Barangsiapa banyak-banyak mengingat mati niscaya dia dapat menerima bagian dunianya yang sedikit.
Barangsiapa sadar bahwa bicaranya adalah bagian dari amal perbuatannya niscaya dia sedikit bicara,
kecuali dalam hal-hal yang bermanfaat.
Mengingat (dzikir) adalah cahaya,
sedangkan lupa adalah kegelapan
.
Kebodohan adalah menyesatkan.
Orang bahagia adalah yang dapat mengambil pelajaran dari orang lain.
Tatakrama adalah sebaik-baik warisan
dan bagusnya kelakuan adalah sebaik-baik teman.
6. Anakku, memutus tali kasih antara saudara tak akan membuatmu kian kaya,
dan kejahatan tidak akan pernah bersama dengan kekayaan.

7. Anakku, selamat terdapat dalam sepuluh tindakan. Yang sembilan adalah dalam diam,
kecuali dengan berdzikir kepada Allah, dan yang satu menghindar dari majlis orang-orang bodoh.
Barangsiapa berhiaskan diri dengan maksiat-maksiat kepada Allah, niscaya dia akan mewarisi kehinaan.
Di antara kekayaan iman adalah sabar terhadap musibah atau pun segala yang tak mengenakkan.

8. Anakku, barangsiapa menuntut ilmu niscaya ia berilmu.
Pokok ilmu adalah sikap kasih sayang dan bencananya adalah lemah pikiran.

9. Anakku, banyak melancong hanya melahirkan kebosanan.
Diam sebelum mencoba adalah lawan dari keteguhan.
Kekaguman seseorang terhadap diri sendiri adalah petunjuk betapa lemah pikirannya.
Menjaga diri adalah perhiasan di saat fakir dan syukur adalah hiasan di saat kaya.

10. Anakku, sudah berapa banyak perhatian yang justru mendatangkan penyesalan.
Dan berapa banyak kata-kata yang justru melenyapkan kenikmatan. Tiada kemudian yang lebih tinggi dari Islam, dan tak ada kedermawanan yang lebih dibanggakan daripada ketaqwaan.
Tak ada tali pengikat yang lebih kuat daripada sikap wara_,
dan tak ada penolong yang lebih bermanfaat daripada taubat.
Tak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
Dan tiada harta yang lebih melenyapkan kefakiran daripada sikap ridha.

11. Anakku , barangsiapa merasa cukup dengan keadaan yang minimal niscayadia segera dalam ketentraman. Sedangkan ambisi adalah kunci kesumpekan dan menjadi tunggangan keberangan
dan pendorong melanggar dosa-dosa.
12. Anakku, cukuplah engkau bertatakrama kepada dirimu sendiri dengan sesuatu yang apabila itu terjadi kepada saudaramu engkau kurang menyukai.
Hak orang mukmin yang terletak di pundakmu adalah sepadan dengan hakmu terhadap mereka.
Barangsiapa melibatkan diri dalam berbagai urusan tanpa memperhatikan kebenarannya,
maka dia terjerumus dalam bencana.
Barangsiapa mau memperhatikan akibat niscaya dia selamat.

13. Anakku, menimbang-nimbang sebelum berbuat akan menyelamatkanmu dari penyesalan.
Barangsiapa memperhatikan berbagai pendapat tentu dia memahami konteks untuk berucap.
Sabar adalah perisai dari kefakiran.
Sedangkan bakhil adalah jilbab kemiskinan.
Dan ambisi adalah tanda-tanda kefakiran.

14. Anakku, barangsiapa mau meneliti sebab-sebab kegagalan mencapai tujuan niscaya beban akan ringan.
Saat-saat itu terus melaju menuakan usia manusia.
Bencana besar bagi para penguasa yang lalim yang memahami hati manusia.

15. Anakku, seburuk-buruk bekal adalah lawan dan bermusuhan dengan masyarakat.
Hati-hati, dalam tiap tegukan minum dan suapan makan ada bahaya yang bisa mengancam.
Engkau tak akan memperolehh suatu kenikmatan kecuali dengan mengurangi kenikmatanmu yang lain.

16. Anakku, betapa dekat jarak antara ketenangan dengan kepenatan, antara penderitaan dengan kenikmatan, serta antara kehidupan dan kematian.
Oleh karena itu, betapa beruntung orang yang memurnikan amalnya, cintanya, marahnya, bertindak dan tidaknya, kata-katanya dan diamnya hanya untuk Allah.

17. Anakku, betapa baik seorang yang berilmu lantas dia amalkan dengan penuh kesungguhan.
Dia takut lupa lantas dia siapkan segalanya. Jika ditanya dia menjawab dan apabila tidak dia pun diam.
Perkataannya adalah tepat dan diamnya adalah jawaban.

18. Anakku, bencana besar bagi orang yang ditimpa kehinaan dan kedurhakaan kepada Tuhan, dan menganggap baik apa yang ada pada dirinya yang diingkari masyarakat, dan tertimpa musibah akibat perbuatannya sendiri.

19. Anakku ,Barangsiapa lembut perkataan, niscaya cinta padanya menjadi keharusan. Barangsiapa tak memiliki sifat konsisten dan malu, maka mati lebih utama daripada hidupnya.

20. Anakku, muruah seseorang tak dapat dikatakan sempurna apabila ia tak peduli dari mana makanan-makanan yang ia makan dan pakaian-pakaian yang ia kenakan.


Makna Cinta




Salam hening malam , “cinta itu anugerah bukan hak milik” , itulah ungkapan dari filem “Cinta” arahan sutradara Kabir Bakhtiar . Sebagai manusia yang mempunyai rasa cinta kepada manusia lain , aku setuju akan keaadaan ini “cinta itu anugerah bukan hak milik” . Namun dalam mencari cinta illahi , rasa sayang dan cinta akan tuhan itu perlu dipupuk dan dibina dengan usaha dan amal yang setanding . Dalam mengejar cinta illahi , perlulah istiqamah(berterusan) menjalankan suruhan Nya dan meninggalkan larangannya . Amal makruf nahi mungkar ungkapan yang tidak lekang di bibir para pencinta tuhan yang tawaduk.

Cintakan Illahi


                Cinta boleh diklasifikasikan kepada banyak maksud dan erti , cinta kepada tuhan , cinta sesama insan , cinta kepada alam , dan cinta kepada benda . Itulah makna cinta yang dapat diungkapkan olehku . Cinta kepada Allah merujuk kepada satu perasaan yang benar-benar suci kerana hanya yang Maha memiliki cinta sahaja dapat mengukur sejauh mana cinta hamba ini , kerana cinta ini tidak dapat dirasa, diukur dan dihitung dengan jari . Rasa cinta sesama insana itu fitrah kehidupan yang tiada berguru , tidak perlu diajar untuk mencintai kerana ianya hadir tanpa sedar dan boleh diukur dengan tindakannya . Ia merujuk kepada hubungan cinta insan berlainan jantina . Alam juga dapat merasai cinta dengan perasaan cinta akan alam sekitar , manusia yang alpa dan leka malah tamak akan menodai alam tanpa berfikir dari segenap penjuru akan akibat dan masalah yang bakal hadir . Perasaan kasih dan sayang kepada benda yang disukai dan digemari adalah lumrah insana yang berbeza warna kehidupannya .

Cinta itu bersifat abstrak 


                Hakikatnya itulah makna cinta dari pandanganku , namun dalam banyak-banyak cinta ini , ada juga cinta yang boleh disanggkal , misalnya cinta kepada kekasih . Aku merasakan bahawa cinta itu memang indah , cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan . Tetapi apakah ertinya cinta pada insan jika cinta pada khaliqnya belum tercapai. Renung-renungkanlah .

                




Dalam kita mencari cinta , pentingkanlah cinta kepada orang yang terdekat dan selalu menjadi tunjang hidup seorang anak . Cintailah ibubapa kita tanpa berbelah bahagi kerana ada sepotong hadis yang mengatakan bahawa "tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai Allah dan aku  melebihi ibu-bapanya dan segala-galanya" . Semoga kita menemukan kan cinta di dunia dengan seseorang yang benar-benar layak menerima cinta.

Agar dapat berjumpa dengan seseorang yang bisa menjadi penyejuk di mata dan penawar di Hati
hehe ^_^



Saturday 17 March 2012

Erti Cinta


"Bukan kah cinta itu indah , Cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan . Tetapi apakah ertinya cinta pada insan jika cinta pada khaliqnya belum tercapai" 





Buat renungan hati berjiwa Hamba::::)


Hehe ^_^