Berfikir
tentang masa depan ???
Setiap
manusia haruslah mempunyai cita-cita , cita-cita ibarat lakaran untuk masa
depan yang ingin digapai agar ia manjadi realiti. Dalam perjalanan menjalani
kehidupan di dunia fana yang penuh pancaroba ini , manusia itu menjadi fitrah
akan selalu mendongak ke langit dan tersungkur menyembah bumi. Itulah lumrah
kehidupan seorang insan.
Cita-citaku
ingin membina kerjaya sebagai seorang peniaga atau “bisnesman” yang berjaya .
Sesungguhnya bidang usahawan dan perniagaan adalah keghairahanku dan menjadi
impian. Pernah juga menjadi penjual di pasar malam dan pasar tani pada satu
ketika dahulu , tapi terhenti kerana kudrat orang tuaku yang semakin longlai
juga kerana niat hati ingin mengejar segulung ijazah sarjana muda.
Kerjaya
sebagai seorang usahawan kupilih kerana ia adalah kerjaya yang menguntungkan
dan membawa kemakmuran kepada diri sendiri dan juga orang di sekeliling . Ini
kerana faktor usahawan yang melihat empat faktor sebagai fokus iaitu , buruh , modal
, tanah , teknologi dan usahawan itu sendiri membuatkan bidang usahawan ini
bukanlah satu bidang yang memberi manfaat kepada satu orang sahaja malah orang
di sekeliling kita .
![]() |
Tan Sri Syed Mokhtar (idola) |
Impianku
untuk membina empayar perniagaan tidak kiralah apa jua bidang perniagaan yang penting
rezeki yang diperolehi halal dan diberkati tuhan. Dalam islam juga ada menyebut
9/10 rezeki di dunia ini dating dari bidang perniagaan . Malahan junjunganku
Muhammad S.A.W juga berniaga sejak kecil dan tercatat dalam kitab suci Al-Quran
, baginda sebagai seoarang ahli perniagaan yang berjaya dan seoarang peniaga
yang baik dari segi akhlak dan amalan berniaganya , sehingga digelar al- amin (orang
yang terpuji).
Oleh
itu , sudah ditunjukkan dalam islam bahawa perniagaan itu adalah satu bidang
yang mulia dan amalan sunnah dari Muhammad S.A.W. Hari-hari mendatang aku
sentiasa berdoa agar impian dan harapanku ini dapat dicapai . Amin::
No comments:
Post a Comment